Wednesday, April 22, 2009

Tahukah Anda?

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Tahukah Anda bahawa Visi, Misi dan Sasaran pendidikan di IUCTT (semenjak awal ia ditubuhkan pada 1994) sentiasa berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan semenjak sekian lama?

Perhatikan kombinasi unsur-unsur yang digariskan yang seharusnya menjadi panduan kepada setiap mahasiswa.

Berikutnya, kami akan kongsikan Visi, Misi dan Sasaran IUCTT sendiri yang disemak semula baru-baru ini.

Anda Mahasiswa Berhemah: Ketahui Matlamat Anda

1 comment:

  1. Salam,

    Siapa pengendali blog ni?

    Salam Perkenalan.


    Twintech Kelantan Student.
    http://meetuncleshah.blogspot.com

    ReplyDelete