Tuesday, April 14, 2009

Tahukah Anda?

...bahawa hak dan kebajikan mahasiswa IUCTT terkandung di dalam PERLEMBAGAAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH melalui peruntukan-peruntukan di bawah:

Bahagian III: Pihak Berkuasa Universiti

21.0 Jawatankuasa Kebajikan Pelajar
22.0 Persatuan Siswazah dan Alumni Universiti

Bahagian VI: Peruntukan-Peruntukan Am

47.0 Persatuan Mahasiswa dan majlis Perwakilan Mahasiswa
48.0 Penubuhan Badan Pelajar Lain
49.0 Perbuatan yang ultra vires Perlembagaan atau perlembagaan Persatuan atau suatu badan pelajar

........................................................................................

Program "Tahukah Anda?" ini merupakan usaha terkini Pejabat Hal Ehwal Pelajar mendidik para mahasiswa berkaitan hak dan peruntukan-peruntukan yang melindungi kebajikan mereka sebagaimana diamalkan oleh IUCTT.

Terdapat sebilangan undang-undang yang menjadi sumber peruntukan amalan di Universiti Kolej kita dan sumber inilah yang tidak diambil tahu oleh majoriti siswa. Kita akan terus memaparkan maklumat-maklumat ini dari semasa ke semasa melalui kemaskini blog ini dan maklumat yang akan dipamerkan di papan buletin khas di hadapan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan hadapan Perpustakaan.

Anda siswa berhemah. Anda perlu peka tentang hak anda.

No comments:

Post a Comment