Sunday, April 12, 2009

MPP sertai Ziarah Komplek Penyayang Bakti

Saya turut serta dalam Ziarah Persatuan Pelajar Quantity Surveying ke Komplek Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara pada April 12, 2009 yang lalu.
Bangga melihat bukan sahaja siswa dari fakulti FABE yang sibuk di sana, malah sebilangan anggota Majlis Perwakilan Pelajar dan siswa dari Faculty of Nursing turut serta.
Azlan (FBT), Mashita (FN), Asma (FN) dan tentunya Suhendro (FABE) bercampur dengan mesra di dalam keriuhan puluhan warga Komplek Penyayang Bakti.
Terserlahlah bakat "kebapaan" dan "keibuan" masing-masing sebagaimana tergambar di dalam imej yang dipaparkan ini. Dalam banyak keadaan, mereka pula yang dibuli oleh warga Komplek Penyayang Bakti ini.
Bangga melihat semangat MPP baru yang mempastikan (i) mereka mengetahui dan mengambil tahu setiap aktiviti pelajar yang dianjurkan serta; (ii) berazam untuk turut serta sebagai tanda sokongan. Banyak lagi aktiviti yang digariskan sepanjang tahun ini. Ini satu permulaan yang amat positif dalam memperlihatkan aktiviti pelajar sudah boleh merentasi sempadan disiplin dan kumpulan mereka sendiri...malah ianya terlihat amat universal dan terbuka untuk semua.
kakitangan juga, meskipun dengan jemputan yang serta merta, hadir memberikan sokongan dan dorongan. Benar juga komen sesetengah mentor pelajar bahawa siswa IUCTT sedikit "kekosongan" apabila tiba Sabtu dan Ahad. Bagi kami (HEP), inilah jawapan terbaik bagi komen tersebut.
Program "Ziarah Twintech" ini merupakan permulaan bagi siri ziarah yang lain. Malah pejabat kami telah merancang untuk ziarah yang konsisten ke Komplek Penyayang bakti setiap minggu dengan azam untuk mendekati warga yang kurang bernasib baik ini. Pelbagai bentuk sokongan telah diusahakan terutamanya dengan bantuan buku-buku pendidikan dan santai (komik, majalah dan seumpamanya) serta banyak lagi.
Saya sempat mengikuti aktiviti mewarna, kerusi muzik, poco-poco dan tarian bebas yang dijalankan. Kunjungan Prof Datuk Dr IsmailMd Salleh terpaksa ditunda/dibatalkan kerana Prof Datuk terpaksa mengiringi jenazah salah seorang kakitangan yang meninggal dunia, ke Kelantan.
Banyak peluang untuk kita sama-sama perbaiki termasuk dari sudut penganjuran, pengisian, penyertaan, bentuk bantuan dan pelbagai lagi. Namun langkah pertama ini perlu dipuji. Yang paling penting, kita pulang dengan keinsafan perihal bertuahnya kita meskipun kita sibuk merungut dan mengadu serba tidak cukup. Ini latihan awal untuk hidup bermasyarakat dan berfungsi untuk "ambil tahu" perihal jiran tetangga kita.
Syabas untuk penganjur, anggota MPP yang turun padang, siswa lain yang turut sukarela menyertai. Kami berbangga dengan anda.
Abdul Nasir Abdul Khalil

No comments:

Post a Comment