Thursday, April 16, 2009

Tahukah Anda?

…bahawa anda, sebagai seorang mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi adalah tertakluk kepada AKTA 30: AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971.

Jadual Pertama (Seksyen 8)

Seksyen 48: Majlis Perwakilan Pelajar;

subseksyen (1) menjelaskan bahawa semua pelajar berdaftar merupakan anggota “automatic” Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti

subseksyen (2) menjelaskan cara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar

subseksyen (3) pemilihan anggota Majlis Tertinggi MPP

subseksyen (4) tempoh penggal MPP adalah setahun

…dan subseksyen tersebut berterusan sehingga 14 perkara yang memperincikan pelbagai kaedah keanggotaan, mesyuarat, fungsi kewangan, larangan bertanding dan sebagainya.

Seksyen 49: Penubuhan badan pelajar lain

Subseksyen (1) dan (2) membenarkan penubuhan apa-apa suatu badan pelajar lain selain MPP (jumlah keanggotaan minima 10 orang pelajar) bagi memajukan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam university.

Kesimpulan Penting:
  1. Ada perbezaan di antara Kesatuan Pelajar (keanggotaan automatik apabila anda berdaftar sebagai pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
  2. Majlis Perwakilan Pelajar adalah sebuah persatuan yang mewakili suara dan kepentingan pelajar.
  3. Pelajar bebas menubuhkan apa-apa persatuan perwakilan pelajar lain (sekiranya dirasakan perlu) bagi tujuan tersebut dengan keanggotaan minima 10 orang.

Anda Mahasiswa Berhemah. Ketahui Hak Anda

No comments:

Post a Comment