Monday, March 9, 2009

Syura: Suara Demokrasi


"Syura" menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka membawa pengertian: Mesyuarat (untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak)

Inilah teknik pemilihan yang digunakan pada March 4, 2009 lalu apabila 12 calon terakhir setiap fakulti dan pusat "dikunci" di dalam bilik mesyuarat untuk memilih (i) anggota Executive Committee, (ii) anggota biro serta; (iii) wakil-wakil fakulti dan pusat.

Mesyuarat yang pada awalnya menyaksikan para wakil begitu senyap dan "sejuk" tiba-tiba mulai panas apabila setiap anggota dijemput untuk memperkenalkan diri dan membentangkan "manifesto" masing-masing melalui "Mengapa saya perlu menjadi Yang DiPertua?". Pada awalnya, semua kelihatan cuba tolak-menolak untuk tidak terpilih namun apabila laluan diberikan, masing-masing bangun untuk sukarela mendokong cabaran dan membawa suara mahasiswa untuk didengari.

Teknik pemilihan membawa semua ciri-ciri sistem undian pilihanraya lengkap dengan kertas undian rahsia, teknik penandaan yang tidak dapat mengesan siapa memilih siapa, pengiraan kertas undian yang membuka peluang untuk calon mencabar setiap kertas undi, undian semula apabila berlaku "tie", rundingan untuk pemilihan biro dan banyak lagi.

Dalam tempoh 2 jam pemilihan, banyak kejutan yang terlihat dan banyak yang didedahkan kepada para calon. Ini semua akan ditulis sendiri oleh para anggota MPP di dalam tulisan-tulisan mereka akan datang.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar juga akan melancarkan satu lagi blog untuk alumni IUCTT. Penulis-penulis jemputan sudah "beratur" mengimbau kenangan masa lalu serta nasihat untuk adik-adik siswa kini.

Nota: (Gambar) Proses pengundian sedang berlangsung

No comments:

Post a Comment